Pestabola merdeka berakhir dengan senario yang mendukacitakan. Di peringkat kumpulan, Malaysia diagungkan dengan membalasah pasukan yang masih lagi bergelut dengan masalah peperangan. Dengan jumlah jaringan yang dicatatkan oleh barisan Sathia pasukan ini perlu diberikan perhatian. Tetapi dengan pasukan lawan yang masih baru mengenali bola sepak moden ia perlu diberi perhatian. Sememangnya pasukan kebangsaan menguasai perlawanan, tetapi anak buah Sathia jelas masih lagi tidak mengamalkan corak permainan yang baik. Menggunakan teknik menghantar bola tinggi yang sememangnya tidak berhasil sepanjanag perlawanan. Seharusnya para pemain kerap menghantar bola sesama sendiri terutama para pemain midfield. Ia baik sebelu membuat strategi untuk menyerang. Asas dalam bola sepak juga perlu dibaiki kepada para pemain.
Saturday, November 1, 2008
Friday, October 31, 2008
Cabaran Minggu Kedua: SEHATI BERDANSA
Berikut adalah lagu tugasan yang mengiringi persembahan mereka minggu ini: PASANGAN ANI Zapin Beradat PASANGAN AMYZALayar BatutaPASANGAN JAMAL Hatinya Tak Tahan PASANGAN KHAIAyuh Juragan PASANGAN LISDA Hati Kama PASANGAN MAZINJoget Mengidam Rindu PASANGAN RINA Ngajat Tampi PASANGAN SASHA Hala Timur PASANGAN SHAH Racau Sang Khalifah
Jawatan Kosong sebagai Jurulatih Seni di Sekolah Seni Malaysia
Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Jurulatih seni di Sekolah Seni Malaysia. Muat Turun (2911 kali) Borang Permohonan166.67 KB Muat Turun (5084 kali) Panduan & Syarat-syarat Permohonan13.36 KB Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Jawatan Kosong Jurulatih Sukan Gred 41&29 (Jawatan Terbuka)
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam yangberkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan Gred 29 - Gred 41(Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia di Bukit Jalil, KualaLumpur dan Bandar Penawar, Johor secara pinjaman.sila dapatkan borang dan syarat kelayakan seperti dilampirkan. Muat Turun (7048 kali) Syarat dan borang permohonan166.06 KB Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
Friday, October 24, 2008
Najib pewaris kuku besi Dr Mahathir
Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.Anak bekas perdan menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi. Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan. Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak. Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu. Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir. Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan. Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat? Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?Selain dibelenggu bayang-bayang Dr Mahathir, Najib turut dibayangi oleh imej isterinya Rosmah Mansor – seumpama Imelda Marcos, isteri presiden Filipina yang digulingkan oleh kekuatan rakyat pada 1986. Imelda terkenal dengan kehidupan bergaya dan pernah dilaporkan membelanjakan USD5 juta ketika membeli-belah di New York, Rom dan Copenhagen pada 1983 di kala majoriti rakyat Filipina dibelenggu kemiskinan.Imelda juga pernah membelanjakan USD51 juta untuk membeli Crown Building di kawasan mewah Manhattan pada 1980-an.Rosmah tidak kurang juga hebatnya. Baru-baru ini ahli parlimen Gombak, Azmin Ali membangkitkan di Dewan Rakyat mengenai aktiviti membeli-belah Rosmah ketika berada di luar negara.Orang rumah Najib dikatakan menggunakan Kedutaan Malaysia di London untuk urusan penghantaran pulang barang-barang tersebut ke Malaysia.(Najib menafikan dakwaan naib presiden PKR itu)Rosmah juga tercemar dengan imej kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Raja Petra Kamarudin, yang kini meringkuk bawah ISA, mendakwa sedemikian dalam akuan bersumpahnya tetapi Najib dan Rosmah menafikannya.Raja Petra yang kini masih dibicarakan dibawah Akta Hasutan kerana menulis artikel tersebut turut ditahan di kem Kamunting, Taiping selama dua tahun.Jika Malaysia kembali lagi ke era ala Dr Mahathir, rakyat berundur semula ke zaman yang lebih gelap.Tetapi seorang teman diskusi penulis bersikap positif dalam hal ini. Katanya: “lebih keras penindasan, maka lebih keraslah perlawanan. “Lebih kuat Najib menekan, lebih cepat Barisan Nasional akan disumbat dalam tong sampah sejarah”.
ISA melawan prinsip al-Quran
"Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."Sehingga hari ini, kerusi untuk Adun Kota Alam Shah masih lagi kosong. Rakyat seluruh Malaysia terkejut pada 13 Disember 2007 apabila kelima-lima orang aktivis Hindraf iaitu P. Uthayakumar, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan, T Vasantha Kumar serta ahli YB Kota Alam Shah telah ditahan mengikut Seksyen 8 akta ISA.Kelima-lima orang ini merupakan para aktivis yang bergiat aktif dalam perjuangan untuk mengangkat martabat masyarakat kaum India yang selama ini ditekan dan ditindas oleh kerajaan BN. Mengikut Seksyen 8 ISA, lima tahanan ini akan terus dihantar ke kem tahanan Kamunting dan ditahan di sana selama dua tahun bawah arahan menteri keselamatan dalam negeri tanpa melalui siasatan polis.Inilah kali pertama Seksyen 8 digunakan untuk menahan seseorang. Sebelum itu, tahanan-tahanan biasanya akan ditangkap bawah Seksyen 73 - seseorang itu akan ditahan bawah pemantauan polis selama 60 hari sebelum ditentukan sama ada seseorang tahanan itu wajar ditahan lanjut di Kamunting.Saya berpendapat penahanan kelima-lima orang aktivis Hindraf ini bukan sahaja tidak adil, malahan tidak munasabah sama sekali, khususnya penahanan YB Kota Alam Shah, apabila seorang Adun telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.Saya ingin mengetengahkan beberapa sebab mengapa penahanan ini patut dikritik dan tahanan-tahanan perlu dibebaskan tanpa syarat dengan segera.Sebab pertama: YB Kota Alam Shah telah menang dengan undi majoriti yang besar.Pada pilihanraya umum ke-12 yang baru berlangsung, YB Kota Alam Shah telah menang dengan majoriti sebanyak 7,184 undi biarpun beliau masih ditahan di Kamunting bawah ISA dan tidak dapat hadir untuk berkempen.Kejayaan besar ini bukan sahaja satu kejayaan besar untuk DAP dan beliau sendiri, malahan ia juga merupakan satu tamparan kepada kerajaan pusat bahawa ia tidak boleh terus menahan mereka yang tidak bersalah tanpa perbicaraan melalui ISA.YB Kota Alam Shah ditahan berikutan penglibatannya dalam Hindraf. Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh YB Kota Alam Shah selama ini hanyalah untuk memperjuangkan hak asasi untuk golongan masyarakat India yang tertindas dan terpinggir dan ia tidak mengancam keselamatan negara. Oleh itu, YB Kota Alam Shah harus dilepaskan serta-merta agar beliau dapat menunaikan sumpahnya sebagai Adun dan menjalankan tugasnya dengan sempurna.Dalam sejarah Malaysia, terdapat dua orang tahanan ISA yang pernah mengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan berjaya memenanginya semasa masih ditahan di bawah ISA. Kedua-dua orang ini kebetulannya merupakan bekas ahli parlimen DAP iaitu Chiang Heng Kai dan mendiang Chan Kok Kit. Kedua-dua mereka telah ditahan bawah ISA pada pertengahan 1970-an atas tuduhan menyokong elemen Komunis. Biarpun begitu, kedua-dua mereka masih bertanding dalam pilihanraya umum pada 1978 dan menang dengan majoriti yang lebih besar. Dalam konteks ini, saya ingin menyarankan supaya YB Kota Alam Shah dibebaskan daripada penahanan ISA agar beliau dapat kembali berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.Adun Kota Alam Shah tidak boleh ditahan secara berpanjangan di bawah ISA. Penahanannya secara tidak langsung telah menidakkan hak rakyat Kota Alam Shah untuk menyampaikan suara mereka ke dewan yang mulia ini.Sebab kedua: Alasan penahanan YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf lain terlalu lemah.YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf selama ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti sah untuk memperjuangkan hak masyarakat India yang ditindas dan dipinggirkan selama ini.Kita harus memahami bahawa apa yang diperjuangkan oleh kelima-lima orang tahanan ini adalah untuk membawa isu peminggiran masyarakat kaum India yang diabaikan selama ini.Hakikatnya, kita telah lihat sekurang-kurangnya 30,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang diadakan pada 25 Oktober lalu. Tunjuk perasaan ini yang disertai oleh rakan-rakan berketurunan India kita dari seluruh pelusuk negara telah membuktikan bahawa perjuangan mereka ini adalah berasas.Malahan naib ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy dalam artikelnya yang bertajuk 'Discrimination from Womb to Tomb menyatakan bahawa 30,000 warganegara berketurunan India yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan tersebut kerana mereka telah lama dipinggirkan, ditindas dan tidak dipedulikan. Rakyat India merupakan golongan yang tertindas di dalam struktur ekonomi Malaysia, seperti yang terbukti dalam beberapa petunjuk termasuk kemasukan universiti. Mereka dilayan seolah-olah mereka merupakan warga kelas keempat.Di pusat penahanan Simpang Renggam, yang menempatkan kira-kira 1,600 orang tahanan, lebih seribu daripada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah, manakala 574 orang disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah. Biarpun hanya lapan peratus daripada jumlah rakyat Malaysia terdiri warga India, tetapi lebih daripada 48% daripada tahanan-tahanan di pusat ini merupakan kaum India, sekali gus menunjukkan bagaimana runcingnya masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat ini.Sebab ketiga: ISA mencaburi prinsip hak asasi manusia. ISA merupakan punca segala bentuk undang-undang penindasan di negara ini, malah ia lebih berbisa jikalau dibandingkan dengan undang-undang zalim yang lain seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), Akta Polis dan Akta Hasutan. Untuk itu, ISA sepatutnya dimansuhkan kerana ia sudah tidak sepadan dengan perlindungan hak asasi manusia.ISA juga telah disalahgunakan sebagai satu instrumen oleh pemerintah untuk menekan suara pembangkang dan masyarakat madani untuk kepentingan politik mereka.Dalam kebanyakan kes ISA, akta ini telah digunakan oleh polis untuk menahan mereka yang disyaki mengugat kedudukan pemerintah biarpun pihak pemerintah masih tiada apa-apa bukti kukuh. Terdapat banyak judul tulisan yang dihasilkan berkaitan dengan ISA. Antara yang terkenal tidak lain tidak bukan buku berjudul Freedom under Executive Power in Malaysia yang ditulis oleh menteri luar sekarang, iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga merupakan timbalan menteri dalam negeri dari tahun 1976 hingga 1978.Beliau dalam buku itu telah menyifatkan bagaimana menteri dalam negeri menandatangani arahan penahanan ISA secara automatik hanya bergantung kepada cadangan polis tanpa menggunakan tanggungjawab mereka sebagai menteri untuk mengesahkan keperluan untuk menahan seseorang itu di bawah ISA.Beliau telah menulis bahawa:"That there are clear violations of human rights by invoking the ISA and other draconian legislation is an understatement. The misery that these executive laws have brought upon individuals have left a clear message: there is a state of confusion in the real, accepted meaning of the phrase 'prejudicial to the security of Malaysia.' The meaning of this phrase which is thematic in the ISA as well as under Articles 149 and 150 of the Constitution is systematically left to the discretion of the executive." (p. 293-4)Ahli YB dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajuk Suara Dari Kamunting semasa beliau masih ditahan bawah ISA pada tahun 2001. Ahli YB dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA di bawah Ops Lalang 1987.ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat. Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat 16 keluarga mangsa ISA yang telah dikenal pasti tinggal di Selangor.Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.Lau Weng San, setiausaha DAP Selangor, juga Adun Kampung Tunku. Artikel ini asalnya teks ucapan beliau di DUN Selangor sewaktu membawa usul tergempar mengkritik ISA pada 26 Mei.
8 faktor BN tewas lawan Anwar
Bahagian I 'Malaysia Baru' Anwar pukau pengundi Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah. Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak. Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR. Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas. Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala. Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian. Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh. Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak. Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan. Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut. Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri. Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi. Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran. Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno. Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut. Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN. Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar. Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap. Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar. (Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar. Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC. Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu. Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah. Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN. Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno. Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif. Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi. Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi. Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan. Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.
Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan
Beluran: Mengapa undi calon ketua Pemuda dikira semula
Malaysiakini difahamkan, pengiraan pertama dimenangi oleh ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tetapi pengiraan semula dimenangi oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo.LAGI 'Ada pihak tidak puashati' Khairy tempat ketiga
Peralihan kuasa Umno 'ganggu' rancangan Pakatan
Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.LAGI Rombakan kabinet MP Sabah, Sarawak







