Hari ini sudah genap seminggu adik Nurin Jazlin Jazimin disemadikan di pusaranya. Anak kecil berusia lapan tahun itu telah kembali ke Rahmatullah meninggalkan keluarga tercinta dalam keadaan yang amat menyayat hati. -->-->
Kematian beliau secara yang amat tragis itu meruntun ego setiap manusia yang mengikuti perkembangan kes kehilangannya selama sebulan untuk turut sama bersimpati.
Siasatan kes ini mendapati beliau didera secara seksual dan dibunuh dengan kejam, lantas menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
"Binatang". Itulah perkataan yang paling kerap terbit dari mulut orang yang memberikan komen tentang pembunuhan Nurin.
Ya. Mungkin itulah setepatnya gantinama yang boleh digambarkan untuk pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.
Sehingga semalam, pihak polis belum lagi dapat menangkap pembunuh kejam ini dan khabarnya sehingga mengundang Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat untuk membantu mengesannya.
Wah, ini sudah jadi macam rancangan tv CSI (New York, Miami, Las Vegas?)
Namun yang jelasnya hari ini, kes pembunuhan sudah menjadi satu kemestian untuk mengisi dada-dada akhbar di negara ini.
Tidak berapa lama dahulu, nun di satu sudut bumi bertuah, terdapat sebuah negara bernama Mongolia yang jarang disebut orang.
Di sana juga terdapat seorang ayah bernama Shaariibuu Setev yang kehilangan anaknya. Kehilangan yang mencetus kegemparan. Kehilangan yang membangkitkan satu kes berprofail tinggi.
Altantuya, itulah nama anak perempuan Shaariibuu. Anak kesayangannya itu kemudiannya dikesan telah mati dibunuh di Malaysia.
Cara kematiannya juga kejam dan memilukan. Siasatan mendapati mangsa telah dibunuh dan diletupkan sehingga berkecai untuk melupuskan bukti.
Eh, yang ini tak pakai khidmat FBI pun boleh kesan. Hebat juga polis Malaysia.
Apa bezanya Nurin Jazlin dan Altantuya Shaariibuu? Kedua-dua mereka mati dibunuh dengan kejamnya. Kedua-duanya juga memerlukan ujian DNA untuk mengenalpasti waris si mati.
Namun bagi Jazimin Abdul Jalil dan Shaariibuu Setev, sudah tentu kehilangan anak masing-masing begitu memilukan dan akan meninggalakn kesan yang amat mendalam dalam diri mereka.
Bayangkan hati ibu bapa mana yang tidak meratap apabila mendapati anak mereka mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya.
Paling tidakpun, dalam kes Nurin, anaknya ditemui dalam sebuah beg sukan dalam keadaan yang masih "sempurna" tubuh badan.
Tapi bagi Shaariibuu, kehadirannya ke Malysia hanyalah untuk mengutip cebisan tulang anaknya.
Kes Altantuya kini sedang rancak dibicarakan di mahkamah. Sudah pasti Shaariibuu mahukan keadilan tertegak dengan pembunuh anaknya dikenakan hukuman yang setimpal. (Walaupun sudah ramai yang tidak berminat mengikuti perkembangan perbicaraan kes ini kerana semakin lama semakin mengarut).
Begitu juga dengan Jazimin, dia juga mahukan "binatang" yang membunuh anaknya dihadapkan ke muka pengadilan.
Siapakah yang lebih "binatang" antara pembunuh Nurin dan Altantuya?
Apapun motif pembunuhan kedua-duanya, rakyat di negara ini berada dalam keadaan yang sudah tidak selamat.
Kenaikan kadar jenayah sejak dua-tiga tahun kebelakanganini adalah satu tamparam hebat kepada kerajaan memerintah serta khalifahnya.
Pada awal perlantikannya sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk mengurangkan kadar jenayah sebanyak lima peratus setahun.
Sebaliknya secara purata , kadar jenayah di negara ini mengalami lonjakan sebanyak 12 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini.
“Dan siapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat dalamkeadaan buta” – Surah Thaha, ayat 124.
Sudah la tu, cukuplah kerosakan yang dibuat di atas muka bumi Malaysia ini. Kembalilah kepada yang hakiki mengikut ketentuan al-Quran dan as-Sunnah. - mr -->
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment