Wednesday, April 16, 2008

999: Adakah Monsun-biz dan BossMailer itu Scam?

Ehm, aku pasti korang pernah dengar nama ini bukan. MIRSB dan Monsun-biz! Adakah korang pernah dengar syarikat itu dan produk mereka yang popular itu? Sebelum aku melangkah lebih jauh. Aku yakin ramai yang pastinya marah tentang produk popular mereka itu. Monsun-biz memang tidak lari dari kontroversi kerana beberapa perkara yang perlu mereka titkberatkan. JIka tidak, pasti akan lebih ramai orang akan mengutuk program Monsun-biz dan MIRSB itu. Dalam 1 minggu yang lepas, ramai yang heboh dengan benda ini. Termasuklah adik aku yang berminat dan nak pinjam duit aku. So, aku dengan sejuk hatinya bagi duit berkata aku takde duit. Haha, bukan tak ada. Cuma aku tak berminat nak pinjam duit pada dia untuk program-program macam ini. Aku lebih prefer dia kerja lebih masa dan dapat duit lebih untuk dapatkan duit lebih. Lepas tu aku dengar adik aku membebel pasal tak cukup duit, kos tinggi, nak makan mahal, minyak dan itu ini. Aku dok rumah dan tak keja. Tapi dapat duit hari-hari. Dia jeles dan bengang. Sebab itu dia nak cari duit lebih dan mahu hidup lebih senang dan dengan itulah dia berminat dengan program BossmMailer ini. Mungkin kerana desakan hidup, ramai orang sanggup melaburkan duit untuk program-program yang belum tentu kita tahu kesahihannya.So, mengapa ramai orang bengang dengan Monsun Biz dan ramai yang mengatakan bahawa Monsun Biz ini SCAM? Mengapa dan mengapa aku juga turut merasakan demikian?Website Monsun-biz yang burukIni pendapat personal aku. Website rasmi mereka agak buruk dari pemerhatian aku jika mereka mampu caj RM50000 untuk satu penyertaan. Takkanlah tak boleh upah designer atau programmer untuk bina satu website yang hebat seperti Lelong atau E-bay. Paling tidak pun macam Mudah. Paling tidak pun, buatlah satu website yang lawa dimata rakyat Malaysia. Jika tidak, target mereka tidak akan tercapai. Nasihat aku, ubah dan perbaiki. tukar website itu dengan design yang lebih mengagumkan. Kalau boleh advertise mahal-mahal kat Metro untuk 1-2 muka surat. Takkan tak mampu buat website atau blog yang lawa? Harga 1-2 muka surat di Metro itu sudah mampu untuk buat 20-50 website yang gempak!Sebelum korang dapat join website ini, korang kene bayar RM50 untuk sertai site berikut. Betulkan begitu atau aku menerima maklumat yang salah? Jika salah, sila betulkan aku. Jika benar, aku rasa itu tidak wajar. Sedangkan e-bay dan lelong pun tak caj anda untuk proses pendaftaran sahaja Lagi satu. Nama domain monsun-biz. Tak sesuai aku rasa. Kalau dia orang letak monsun saja dah cukup hebat dah tu. Aku rasa itu lebih sesuai. Tapi itu pendapat peribadi aku. Dari segi SEO, aku menentang hebat domain monsun-biz. Bukan kata aku pakar, tapi aku rasa kurang sesuai. Itu sahaja. Diorang benci ulasan aku, aku pedulik apa. Dan kalau korang nak tahu, rank Monsun-biz dalam alexa adalah 627,294!Jika korang nak tahu. Domain Monsun-biz ini telah dibeli pada August 14 2007 dan telab berusia 7 Months, 28 days. Aku rasa itu sudah cukup masa untuk buat design website yang bagus. 7 bulan bukan satu tempoh yang singkat untuk buat website gempak bukan? Dengan PR0 dan hanya mempunyai 38 inbound link dan nilai valuenya hanyalah 260 Dollar sahaja di Dnscoop Marketplace. Itu satu nilai yang lebih rendah 5-7 kali ganda berbanding blog aku BossMailer adalah malware?Ini salah satu lagi produk MIRSB. Orang kata software atau produk ini adalah bermasalah. Dari segi etika, software bossmailer ini akan spam email kita even kita tak pernah bagi diorang email kita. TAK PERNAH. So, macam mana diorang dapat email kita? Ada software yang diorang akan sedut dan ambil email tersebut. Aku tak sure macam mana modus operandi bossmailer ini, tetapi aku tak suka perbuatan spam itu. Biarpun ura-ura mengatakan bahawa software bossmailer ini dikatakan bukan spamming dari segi teknikal, tetapi aku yakin ramai yang tak suka bila email diorang kene spam. Katakan Tidak kepada Spamming!Lot atau virtual property atau tanah online?Mereka akan menawarkan 20000 lot selepas anda membayar RM50000 itu. Aku tak tahu macam mana urusan dapat 20k lot itu dan macam mana nak dapat duit dengan 20k lot itu. Adakah perlu menjual lot itu pada orang lain atau sewakan space/lot macam aku buat di blog aku ini? Oh..jika begitu, tak perlu 20k. RM100 sahaja aku sudah mampu menawarkan 20k lot di blog aku. Siapa mahu?? Tapi jangan suruh aku buatkan. Aku tiada masa untuk itu.Tapi dari siasatan aku, ada orang mengatakan bahawa MIRSB dan program Monsun-Biz ini akan membantu mereka sampai berjaya. Sistem support akan membantu mereka untuk mencari duit dari lot-lot yang mereka dapat itu. Sampai hari ini, aku tidak tahu apa yang mereka buat dengan lot-lot tersebut. Ada sesiapa tahu siapa yang dah gunakan lot-lot itu dengan maksimum?Cukuplah aku cerita sikit pasal monsun-biz ini. Aku tak berminat untuk buat post penuh sebab aku sangat lapar sekarang. Tak ada mood nak buat post penuh. Niat aku bukan nak bunuh perasaan orang Melayu untuk buat business internet. Tapi cara mereka promosi dan melakukan penyebaran berita tentang Monsun dan beberapa produk mereka itu tidak kena. Ramai yang dah terpedaya dan tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan lot-lot yang beribu tersebut. Tak kurang jua ada yang sudah merenung masa depan sebab tak ada basic internet. Dalam offline, apa yang mereka mampu buat dengan lot-lot yang kita tidak nampak itu Puan NoraSiapakah beliau? Aku yakin beliau tidak berani untuk tampil di blog-blog dan menjawab persoalan-persoalan yang kami tanyakan. Belum tentu beliau mampu berhujah jika istilah spamming dan spammer pun tidak dapat dijelaskan dengan bagus. Aku yakin mereka tidak jelaskan bab itu ketika mempromosi bossmailer dan monsun-biz. Aku juga yakin mereka hanya buat pembentangan macam mana nak dapat duit dan macam mana nak gunakan duit itu nanti. Honestly, banyak aku dengar berita tak baik dari berita yang baik-baik tentang MIRSB ini. Jika permulaan sudah begini, apatah lagi 10 tahun akan datang Aku tidak mahu berbicara panjang lagi. Korang boleh baca ulasan hebat dari beberapa blogger yang tak kurang hebatnya dalam menulis perkataan dan isu seperti ini. Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu - Mohdismail.net Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - SyamSuriyadi.com BossMailer adalah Malware - SyamSuriyadi.com Bossmailer Spam Yang Menggila - NoorizamShah.com Monsun Biz - Apa pendapat anda!? - MEGAT.net monsun barat daya utara selatan biz terpedaya scam - AbdFatah.com Monsun Biz-Portal Memperbodohkan Rakyat Malaysia - Uzairubiah.com Antara mereka yang join MIRSB dan Monsun - U-monsunSo, apa yang kita mampu buat sekarang adalah tunggu sahaja bukti dari ahli-ahli mereka yang berjaya membuat duit dari program Monsun ini dan juga program-program mereka yang lahir. Jika benar hendak orang Melayu maju dengan cara Monsun, sila buktikan. Biarpun 6 bulan atau 10 tahun masa diperlukan, kami akan tunggu. Cuma buktikan sahaja dulu. Aku ingin sangat tahu apa yang terjadi pada mereka yang telah membayar RM50k untuk sertai Monsun dan mereka yang telah menguna product BossMailer itu.Ps: Ini semua adalah pendapat dan agakan aku saja. Jika mahu tahu lebih lanjut. Tanyakan saja pada pihak Monsun sendiri. Apa yang pasti, kita tunggu sahaja apa yang akan terjadi dengan Monsun. Hope perbaiki apa yang patut diperbaiki. So, apa kata korang tentang Monsun dan MIRSB? sumber: http://earncent.com/blog/

No comments:

Contact Me