Selain kejutan perkahwinan Rosma-Khai, nampaknya persembahan pelajar juga menunjukkan peningkatan berdasarkan Konsert Keenam Akademi Fantasia 6. Perkembangan yang melegakan. Secara keseluruhannya juga, konsert malam tadi dirasakan terbaik setakat ini secara keseluruhannya.
KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM KONSERT
- Stacy 16%
- Alif 14%
- Nubhan 14%
- Riz 13%
- Nadia 12%
- Rina 11%
- Toi 11%
- Stanly 10%
KEDUDUKAN PELAJAR SELEPAS UNDIAN DITUTUP
- Stacy 17%
- Riz 14%
- Nubhan 13%
- Toi 13%
- Stanly 13%
- Nadia 12%
- Alif 10%
- Rina 9%
Apa kata juri terhadap persembahan pelajar malam tadi?
- STANLY - Kata (Hazami) Kak Ogy. Nampak usaha yang ditunjukkan. Cuma tenaga yang diberikan nampak tidak seimbang dengan penari latar. Penceritaan juga tidak cukup, masih kurang unsur rayuan kepada perempuan dalam nyanyian itu.
- Adnan. Boleh menyanyi. Cuma dalam persembahan konsert bersama kumpulan muzik, perlu berhati-hati dengan tempo. Sedikit lari.
- Adlin. Terlalu menekan suara. Perlu lebih tenang. Persembahan kurang konsisten dan adakala nampak tidak tentu dengan perkara yang ingin dilakukan.
- ALIF - Ketahuan (Matta) Kak Ogy. Pergerakan yang sama setiap minggu. Semasa muzik bridge, seperti tidak tahu hendak buat apa. Penceritaan melalui mata masih kurang jelas.
- Adnan. Tiada masalah dengan lagu ini. Kurang nada sumbang.
- Adlin. Tiada masalah daripada aspek nyanyian. Cuma espresi muka sewaktu permulaan yang sama, terlalu masam, seperti mahu bergaduh.
- NADIA - Rama-Rama (Ella) Kak Ogy. Persembahan yang bagus. Suka dengan identiti dan keaslian yang ditunjukkan. Cuma elakkan meniru aksi penyanyi asal. Hendak melikat aksi anda di Konsert Akhir.
- Adnan. Penghayatan ada. Cuma banyak nada disampaikan mendatar. Masih perlu banyak usaha jika ingin ke Konsert Akhir.
- Adlin. Permulaan yang dasyat tetapi tiada dinamik . Persembahan mendatar hingga ke akhir.
- TOI - Tak Bisakah (Peterpan) Kak Ogy. Seronok melihat Toi bermain gitar. Tetapi apabila mula terlupa lirik, nampak tahap keyakinan menurun dan tenaga menghilang.
- Adnan. Bangga melihat kebolehan Toi. Tetapi seperti tidak menghiraukan nota lagu. Nyanyian banyak sumbang.
- Adlin. Masalah bermula sejak permulaan persembahan. Seperti tidak cukup masa memulakan persembahan.
- NUBHAN - Generasiku (OAG) Kak Ogy. Permulaan yang yakin tetapi tidak konsisten, Sepatutnya boleh mengambil tenaga daripada penari latar.
- Adnan. Percubaan yang baik. Cuma perlukan lebih stamina.
- Adlin. Tahniah. Persembahan yang ok. Cuma kadangkala tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Perluka gerak tubuh yang berlainan.
- STACY - Don't Speak (No Doubt) Kak Ogy. Seperti biasa anda melakukan persembahan yang hebat. Cuma ada sedikit masalah sebutan. Ingin menyaksikan persembahan anda di Konsert Akhir.
- Adnan. Persembahan yang hebat. Menggunakan segala teknik dengan baik. Ingin melihat aksi anda di Konsert Akhir.
- Adlin. Tiada masalah. Konsep yang ditunjukkan menarik, lebih-lebih lagi ditonjolkan dengan bersahaja. Nampak natural.
- RIZ - Seribu Tahun (Imran Ajmain) Kak Ogy. Ada masalah pernafasan. Persembahan minggu lalu jauh lebih baik.
- Adnan. Bertuah kerana ada pakej yang lengkap, rupa dan suara.
- Adlin. " Terima kasih kerana membuat kehadiran saya bermakna. Terasa seperti baru berumur 17 tahun".
- RINA - Ular (Anita Sarawak) Kak Ogy. Pengisian kosong. Hanya bergerak, tetapi kurang bercerita. Espresi wajah tiada.
- Adnan. Tiada masalah daripada aspek nyanyian. Tetapi seperti tidak untuk sebuah konsert.
- Adlin. Anda nampak penat!Itu kata mereka. Apa kata anda?Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!
No comments:
Post a Comment