LONDON - Kekalahan kepada Liverpool pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum ini ternyata banyak memberi pengajaran buat Chelsea.
Chelsea terpaksa akur dengan kehebatan Liverpool apabila tewas sebanyak dua kali dalam tempoh tiga musim pada peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.
Awal pagi esok, skuad The Blues itu berpeluang menebus kekecewaan mereka apabila dijadualkan menentang Liverpool pada aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge.
Berbanding Liverpool, Chelsea dilihat berpeluang mara ke pentas akhir selepas berjaya mengikat The Reds dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Anfield minggu lalu.
Kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Liga Perdana England, Manchester United Sabtu lalu pasti melonjak semangat barisan The Blues untuk terus mengekalkan renta sedia ada.
"Jika anda telah sampai ke peringkat ini dan tidak yakin dengan kemampuan diri, anda tidak layak menjadi ahli sukan.
LAMPARD belum pasti diturunkan ketika Chelsea menentang Liverpool awal pagi esok.
"Anda harus yakin apabila turun beraksi dan itulah yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan," kata Grant.
Dalam pada itu, Grant masih berteka-teki sama ada Frank Lampard akan beraksi atau tidak awal pagi esok sekalipun perancang The Blues itu telah kembali menjalani latihan kelmarin.
Lampard tidak beraksi pada pertemuan menentang United selepas kematian ibunya, Pat Khamis lalu.
"Kami serahkan hal ini kepadanya. Ia bukan mudah selepas apa yang telah berlaku," tambah Grant.
Untuk rekod, Chelsea menewaskan Liverpool 2-0 pada saingan separuh akhir Piala Liga di Stamford Bridge Disember lalu.
Pada aksi liga Februari lalu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stamford Bridge. - Agensi
No comments:
Post a Comment