Monday, April 21, 2008

Sinar Harapan Mencari Superstar

Sesuatu yang diharapkan muncul pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6. Sekurang-kurangnya ada sinar harapan untuk menemui sekurang-kurangnya seorang 'superstar' pada musim ini berdasarkan persembahan malam tadi.Apa kata juri terhadap persembahan pelajar malam tadi?
ALIF - Hai
Kak Ogy. Permulaan yang sangat yakin. Ada masalah aliterasi (sebutan) dalam penjelasan ayat. Keyakinan dalam persembahan semakin bertambah.
Ning. Keyakinan semakin meningkat. Namun masih ada masalah tempo dalam nyanyian.
Hetty. Permulaan yang baik. Kredit perlu diberikan kerana menyanyikan lagu Rap bukanlah sesuatu yang mudah.
STANLY - Umi
Kak Ogy. Penceritaan dan gerak tubuh tidak serasi dengan lagu. Penghayatan tidak konsisten disepanjang persembahan.
Ning. Anda telah membuatkan Ibu dan penonton bangga. Ada sedikit peningkatan dalam nyanyian. Jika ditambah rasa, pasti akan lebih menarik.
Hetty. Elakkan meletakkan tangan di dalam poket. Kawalan mikrofon ketika nota tinggi harus lebih dijaga.
NADIA - Kalis Rindu
Kak Ogy. Saya suka dengan permulaan anda. Jika lebih espresi wajah, pasti persembahan lebih menyengat.
Ning. Penceritaan yang baik. Ada unsur gedik bertepatan dengan tuntutan lagu. Anda mampu untuk menyaingi ramai penyanyi sedia ada.
Hetty. Mekap mata perlu dikurangkan, espresi wajah masih kurang tetapi masih baik, suara baik tetapi perlu berjaga-jaga dengan tempo, suara serak yang menarik dan lainnya, OK!
RINA - Sorga Dan Neraka
Kak Ogy. Suka pada bahagian kedua ketika pergi kearah pelajar lain yang sedang duduk, dan penggunaan pentas yang baik. Tapi masih kurang unsure nasihat.
Ning. Permainan mata ada tetapi tempo ada sedikit lari. Tetapi masih kurang interaksi dengan penonton.
Hetty. Perlu memahami ini adalah sebuah lagu jenaka dan jangan takut untuk menacapai nota tinggi.
TOI - Beautiful Girls
Kak Ogy. Nampak seperti tiada keyakinan diri. Stamina perlu dijaga. Tiada interaksi dengan penonton. Tahniah kerana mengambil cabaran menghafal lagu Bahasa Inggeris yang sarat dengan lirik.
Ning. Ada peningkatan dalam sebutan. Mulut patut dibuka lebih luas. Tapi nampak keyakinan diri ditunjukkan.
Hetty. Nampak seperti terlalu menghafal lirik dan tiada penjiwaan. Ini menjadikan persembahan yang terlalu berhati-hati. Pergerakan agak kaku.
SAIDA - Bila Bunga Berguguran
Kak Ogy. 'Singing is a journey of emotion'. Lagu ini menuntut emosi yang mendalam. Ada bahagian yang baik, ada pula yang sebaliknya. Baiknya, anda tidak meniru penyanyi asal.
Ning. Masih ada masalah dengan lirik dan teknik pernafasan juga tidak betul.
Hetty. Penghayatan ada tetapi espresi wajah tidak cukup. Nyanyian yang mendatar dan terlalu banyak penghayatan tidak perlu.
NUBHAN - Kembali Senyum
Kak Ogy. Seperti ada masalah identiti. Tidak cukup bersemangat dan bertenaga. Perlu menyuntik sesuatu ke dalam persembahan.
Ning. Seperti tidak cukup kerja keras. Lengguk mengganggu melodi lagu.
Hetty. Perlu kerja keras untuk kekal dalam industri ini.
STACY - Makhluk Tuhan Paling Seksi
Kak Ogy. Persembahan yang hebat. Inilah hasil apabila merancang pergerakan terlebih dahulu. Ning. Persembahan paling meletop minggu ini. Cuma sedikit masalah pada nota rendah di awal persembahan.
Hetty. Sudah bersedia menjadi seorang superstar.
RIZ
Kak Ogy. Saya tidak mampu berkata-kata selain selain anda memang sudah bersedia menjadi seorang penghibur dan nampak berbeza malam ini.
Ning. Tahniah, persembahan yang berbeza. Kami menunggu persembahan yang berbeza daripada anda.
Adlin. Takut dengan mekap anda. Tetapi saya puas dengan persembahan penutup daripada anda!
Itu kata mereka. Apa kata anda?
Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!

No comments:

Contact Me