Faizal Tahir menjadi wira apabila memenangi empat trofi pada Anugerah Industri Muzik ke-15 lepas. Tetapi isu pengharaman Faizal Tahir di Perlis lebih memberikan perhatian kepada peminat seni tanah air. Seorang mufti di negeri tersebut secara terbuka menyatakan pengharaman Faizal untuk mengadakan sebarang bentuk persembahan. Saya salah seorang peminat Faizal menyokong penuh kenyataan mufti berkenaan, kerana Faizal masih belum layak menjadi contoh kepada jenerasi baru khususnya para remaja. Di samping Faizal gagal menunujukkan sifat yang baik untuk para remaja. Secara pandangan mata kasar, tindakan Faizal 'membuka baju' bukan satu perkara yang remeh. Jika di Barat, okey la perkara sedemikian sudah menjadi adat tetapi di Malaysia perbuatan sedemikian adalah satu tindakan yang memalukan. Malah dia harus mendapat hukuman yang jauh lebih berat daripada apa yang telah diterimanya. Bukan hendak menhakimi Faizal tetapi sikap dan gaya Faizal yang masih bertegas dengan tindakannya yang mana masih percaya inseden tersebut tidak salah. Kepada Faizal, adalah sangat tidak wajar menggikut perasaan dan kehendak para peminat kerana ia amat penting bagi menjaga imej artis itu sendiri.
No comments:
Post a Comment