Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya. BUAH ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi. Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Holloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci. Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini. PENGAT labu enak dimakan untuk minum petang. Biasanya bersaiz bulat labu merah berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh. Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda. Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya. Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Dalam buku Vegetables: For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau. Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit. Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand. Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang. Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur. Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda. Rencana Utama!» Nostalgia Tunku Abdul Rahman Gugurkan soalan itu Dilema restoran terkenal Kuasa muzik Gnawa Mesej sayangi haiwan Muzium masih dikunci Dilema pelarian Bhutan Tinggalkan kerjaya lumayan Tersebar sejauh Kanada Latihan angkasa di Antartik Varia!» Khidmat Awang dan Leh JANGKA hayat seekor beruk yang boleh memetik kelapa adalah antara lapan hingga 10 tahun. Inspirasi kekal sihat Kemelut harga barang Peluang pelajar dapat tunai Sup segera lebih 'ringan' Segalanya Pulau Pinang PJ Hilton hargai pekerja Peluang mencantikkan diri Khidmat hantar Nando's Gala reben merah Iklan@KOSMO! Artikel-artikel di KESIHATAN : » Baik untuk si rabun » Serangga penyebar virus » Rahsia kesihatan selebriti » Merawat kudis » Terapi seni » Baik Buruk » Haiwan eksotik ancam si comel » Melamin ada di mana-mana » Melentik pinggul » Beza kalori wanita, lelaki Iklan@KOSMO! --> Alam Damai Eksklusif dari Bali & Jogja Elemen Nusantara jadi penyeri Lagi... Infiniti HP mesra pelanggan Sejajar dengan perubahan trend pembelian semasa, HP mengorak langkah baru bagi menarik pengguna wanita dan golongan muda untuk mencuba dan menikmati keunikan produknya. Lagi... Kesihatan Baik untuk si rabun Khasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya. Lagi... Iklan@KOSMO! -->
No comments:
Post a Comment