Wednesday, April 30, 2008

Gadis lari ikut kekasih asing

MASLINA (tengah) adalah antara gadis yang kini trauma akibat tindakan melulu melarikan diri bersama kekasihnya ke Indonesia.

KES 1 – Rinnie Anak Aseng, 18, gadis dari Bintulu, Sarawak melarikan diri mengikut kekasihnya bernama Basri, 19, ke Lombok, Indonesia awal Disember tahun lalu. Rinnie mengikuti Basri memasuki sempadan Sarawak-Kalimantan melalui ‘jalan tikus'. Setelah hampir 27 hari menghilang diri, Rinnie pulang ke pangkuan ibu bapanya dengan penuh penyesalan. KES 2 – Maslina Siadin, 13, seorang lagi kanak-kanak yang termakan pujuk rayu lelaki asing sehingga sanggup melarikan diri sebelum disorokkan di Pulau Lamaraya dekat Sulawesi, Indonesia Disember tahun lalu. Maslina melarikan diri mengikut seorang lelaki Indonesia yang dikenali sebagai La Ila, 17, selama lebih sebulan. KES 3 – Kes terbaru gadis Malaysia terjerat dengan cinta lelaki asing ialah melibatkan seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun. Kehilangan Nor Azreen Che Ishak selama lebih empat bulan di Lombok, Indonesia adalah antara yang paling lama. Sama seperti kes lain, Azreen juga terjerat dengan cinta lelaki Indonesia bernama, Tony Wijaya yang sudah berusia 27 tahun. Walaupun masih belum pulang ke pangkuan keluarga namun, usaha gigih daripada semua pihak kini sudah mula menampakkan hasil.

No comments:

Contact Me