Thursday, May 1, 2008

Bagaimana Menguasai Bahasa Inggeris

Bagaimana Menguasai Bahasa Inggeris Satu tinjauan terbaharu menunjukkan lima puluh peratus kependudikan dunia akan bertutur atau akan belajar Bahasa Inggeris menjelang tahun 2015. Dua billion orang akan mula belajar bahasa Inggeris dalam 10 tahun yang berikut - ini bererti sejumlah tiga bilion orang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam 10 tahun dari sekarang. Pada masa kini, kira-kira 500 juta orang boleh bertutur dalam English. Globalisasi Bahasa Inggeris ini berlaku kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling popular kerana ia merupakan bahasa internet, bahasa perdagangan, bahasa sains dan teknogi dan bahasa diplomatik. Ia juga menjadi bahasa utama di beberapa buah negara di dunia sekarang. Tambahan pula, English merupakan bahasa utama dan umum dalam bidang komunikasi dan interaksi global i serta transaksi perniagaan. Kebanyakan bahan bacaan dan rujukan dalam internet terdapat dalam Bahasa Inggeris; kebanyakan buku ilmiah dalam bidang-bidang seoerti undang-undang, sains dan teknologi, perubatan dan perakaunan diterbitkan dalam bahasa ini. Oleh itu, English telah menjadi lingua franca (bahasa perantaraan) dunia moden. Jika kita ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat berilmu dan perpengetahuan (Knowledge Society) dan menghadapi secara berkesan cabaran-cabaran globalisasi, kita, terutamanya golongan belia-beliawanis dan generasi muda, dikehendaki mengambil sikap yang membina dan positif terhadap pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris. Terdaptat beberapa cara untuk belajar dan menguasai English. Cara yang amat penting ialah untuk benar-benar menunjukkan keinginaan bagi belajar bahasa ini dan membelanjakan masa yang mencukupi dan secara konsisten bagi menguasai bahasa ini. Berikut ialah petua praktikal atau panduan mengenai cara yang terbaik untuk menguasai English language. 1. Baca surat khabar harian, rencana pengarang, makalah dan cerprn dan novel yang yang baik. Juga dengar siaran berita BBC, CNBC, CNN dan stesyen-stesyen radio dan tv tempatan- ini boleh membantu anda menambahbaikkan sebutan English. 2. Baca stiap hari. Lebih baik jika and baca selama sejam sehari tanpa apa- apa hambatan. Jika anda membahagikan jam pembelajaran kepada jangka masa kecil sebanyak 15 minit sepanjang hari, penumpuan anda akan menjadi kuat dan anda boleh belajar cepat dan pengingatan anda juga boleh meningkat. 3. Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang dalam pembelajaran Bahasa Inggeris ialah ketakutan mereka sendori. Mereka takut mereka tidak berupaya menyatakan sesuatu secara betul dan tepat dan lantaran itu meraka enggan bercakap. Cara yang paling cepat untuk belajar sesuatu bahasa baharu ialah buat nya berulang kali. Sama seperti yang lain, pembelajaran English memerlukan latihan. Jangan memebenarkan ketakutan anda menjejaskan apa anda ingin mencapai. “Gunakannya atau hilangkannya ( “use it or lose it” ) merupakan satu nasihat yang perlu diikuti dalam perkara ini. 4. Gunakan pelbagai sumber, alat dan kaedah untuk belajar English. Internet ialah suatu sumber yang penting sempurna bagi belajar English. Cuba buat kuiz secara talian yang disediakan oleh BBC World Service dan pihak yang lain. Ini akan membolehkan anda menilai tahap kemahiran anda dalam Bahasa Inggeris.

No comments:

Contact Me