Sunday, May 4, 2008

Stacy Hebat

Stacy menunjukkan bahawa peserta wanita akan mengungguli Akademi Fantasia 6 musim ini. dengan kawalan suara yang baik, peserta dari Sabah ini harus diberikan bintang. Pengkritik rata-rata memberikan komen yang positif terhadap gadis manis dari Sabah ini. Bukan untuk menunjukkan berat sebelah dengan peserta dari Semenanjung ataupun Sarawak tetapi jelas Stacy mempunyai karisma tersendiri. Penyingkiran Alif pada konsert 7 memang suda dijangka. Dengan persembahan yang biasa-biasa saja menyebabkan dia mendapat undian terendah pada konsert semalam yang bertempat di Istana Budaya. Peserta yang juga harus diberikan perhatian ialah Nadia yang juga peserta wanita tunggal yang dilihat mampu memberikan kejutan.

No comments:

Contact Me