Friday, April 18, 2008

999: Pegawai periksa bagasi KLIA kasar

PADA 14 April lalu, saya dan isteri dikejutkan dengan layanan yang belum pernah kami terima sejak berurusan dengan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kami sering membuat lawatan keluar negara dan pada tarikh berkenaan, kami berada di KLIA untuk menaiki pesawat ke Madras, India. Sangat memeranjatkan kami, apabila pegawai KLIA yang bertugas untuk memeriksa bagasi tangan pada pemeriksaan terakhir, bertindak kasar ketika memeriksa kami. Kakitangan berkenaan bertindak merampas segala barangan keperluan harian yang kami bawa dalam beg bagasi tangan (seperti ubat gigi, roti, biskut). Bilangan yang kami bawa itu sedikit dan hanya untuk kegunaan sendiri. Malah, mereka hampir merampas ubat kencing manis kami yang dibawa bersama dan diletakkan di dalam beg berkenaan. Saya dan isteri berusia lebih 60 tahun, tindakan kasar mereka langsung tidak mencerminkan kesopanan yang patut mereka pamerkan. Kami langsung tidak dimaklumkan terlebih dulu bahawa barang makanan berkenaan tidak boleh dibawa dalam beg bagasi tangan. Tindakan mereka itu amat memalukan kami, seolah-olah kami ini penyeludup. Sekiranya pihak pengurusan KLIA prihatin dengan mutu perkhidmatan yang diberikan kakitangannya, maka wajar sekali peristiwa ini disiasat demi untuk mengelakkan kejadian seumpama pada masa depan. AHMAD MAHMUD,Taiping, Perak.

No comments:

Contact Me