Thursday, April 17, 2008

999: Who The Hell Is Sufiah Yusof?

Pada tahun 1997 gah satu Malaysia kononnya seorang anak berdarah Melayu berusia 13 tahun yang bernama Sufiah Yusof telah berjaya memasuki Oxford University sebagai pelajar termuda dalam sejarah universiti itu. Malaysia pun meraikan pencapaian itu dan dengan murah hatinya memberikan biasiswa. Bukan pinjaman semacam PTPTR yang perlu dibayar oleh pelajar-pelajar lain di Malaysia, tetapi biasiswa untuk perbelanjaannya semasa di universiti tersebut. Tetapi tahukah anda hubungan Sufiah dengan kita hanya sekadar ibunya berdarah Melayu (dari Johor kalau tak silap) tetapi sudah menjadi permanent resident di UK. Beliau tak boleh berbahasa Melayu dan tak pernah sekali pun pulang ke Malaysia. Jadi saya tak faham apakah kriteria yang dijadikan kayu pengukur untuk diberikan biasiswa. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk untuk membantu anak-anak Malaysia yang lebih memerlukan. Apa pun itu dah lepas. Kini gah sekali lagi tapi kali ini ceritanya dah terbalik. Anak Melayu yang bernama Sufiah ni kini sudah menjadi seorang pelacur ‘high class’ yang mendapat bayaran 130 paun untuk sekali langganan. Dan cerita ini telah menjadi tajuk utama di Malaysia sekali lagi. Apa dah jadi? Maka muncul lah suara-suara simpati oleh rakyat Malaysia untuk membantu menyelamatkan beliau. Hinggakan ada yang mengatakan Sufiah telah terkena ilmu hitam. Ada yang menubuhkan tabung “Program Menyelamatkan Sufiah”. I say what for? Kenapa nak bantu? Kenapa nak sibuk-sibuk tolong seorang yang tak ada talian langsung sebagai rakyat Malaysia. Kalau betul-betul perihatin tak payah tengok kuman diseberang, tengok dulu masalah anak-anak bangsa kita di Malaysia. Isu-isu sosial yang melanda remaja-remaja kita sudah parah dan lebih memerlukan perihatin dan bantuan kita. Tak payah tengok nun jauh di UK, cukup saja perhatikan anak-anak jiran kita, kawasan perumahan kita, bandar kita, negeri kita. Kecuali anda katak dibawah tempurung mungkin tak merasa apa-apa. Dadah, pergaulan bebas, sex bebas, apa lagi…. rempit, gangsterisma, pelacuran dan macam-macam maknenek lagi. Bukankan ini yang patut jadi perhatian utama kita dan kerajaan. Bukankah isu-isu seperti ini yang patut menjadi tajuk-tajuk utama diakhbar dan TV? Memang diakui rakyat Malaysia sememangnya perihatin. Banyak kebajikan yang telah dilakukan oleh kita sekian ini. Bantuan Tsunami di Acheh, Kebuluran di Dafur, Gempabumi di Iran dan Pakistan. Banyak lagi. Tapi kadang-kadang tu usaha kita itu biarlah bertempat. Akhir sekali saksikan video pengakuan Sofiah Yusof perihal beliau menjadi pelacur. Fikir sejenak dan kemudian tanya diri sendiri adakah orang seperti ini yang kita perlu bantu dan meraih simpati kita?

No comments:

Contact Me