Saturday, April 12, 2008

999: Faizal Tahir hebat sangat ke?

Isu pengantungan Faizal Tahir telah menggemparkan seluruh Malaya. Mana tidaknya dia merupakan artis pertama yang menjadi 'superman' apabila membuka baju semasa persembahan satu konsert. Tetapi yang peliknya ada juga pihak yang mempertahankan kelakuan Faizal dengan memberi sokongan kepadanya. Perkara ini tidak wajar kerana penyanyi itu sendiri akan berasa diri terbela dan merasa perbuatannya tidak salah. Oleh itu ia dikhuatiri menjadi ikutan kepada penyanyi lain kerana hukumannya juga tidak terlalu berat. Apabila membaca tentang fan Faizal akan membuat party sempena tamatnya tempoh pengantungan, saya terfikir adakah faizal hebat sangat sehinggah disanjung sebegitu(hero superman)? pada saya Anuar Zain, Fiq, Bob af, Amy dan KRU lagi hebat.

No comments:

Contact Me