Terasa lucu juga membaca ulasan sebuah akhbar tentang af 6 baru-baru ini. Seperti konsert-konsert lepas ulasannya memang sama dan langsung tidak memberi kredit kepada para peserta. Antara ulasan yang masih saya ingat ialah kejutan yang suda dijangka, peserta ini patut disingkirkan dan paling melucukan tentang komen persembahan. Saya bukanlah arif tentang dunia seni tetapi saya merupakan peminat kepada realiti tv seperti ini yang mampu mengilap bakat terpadam semua lapisan masyarakat. Ia secara tidak langsung mampu merancakkan lagi industri hiburan tanah air. Mereka harus ingat bahawa peserta af adalah merupakan pelajar (hanya seminggu untuk menyiapakan tugasan) dan pihak di luar sana seharusnya tidak mengharapkan persembahan yang luar biasa dari para peserta. Tidak ada penyanyi baru yang lahir dan terus membuat persembahan nyanyian secara live yang 'perfect'. Tiada bayi yang boleh berlari sebelum belajar merangkak. Begitu juga dengan peserta af, perlukan tunjuk ajar yang teliti untk menjadi bintang kelak.
No comments:
Post a Comment