Friday, April 18, 2008

Pendapat: Abdullah perlu berundur

Keputusan pilihanraya yang mengejutkan Barisan Nasional (BN) perlu dibuat bedah siasat (post-morterm) dengan segera. Orang bercakap di merata pelusuk negara tentang kekalahan BN. Suara-suara yang menyuruh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan perdana menteri jelas kedengaran di sana-sini. Tindakan Datuk Mukhriz Mahathir dari parlimen Jerlun adalah suara ahli Umno yang sebenarnya.Saya - seorang ahli Umno yang telah bertugas hampir 20 jam sehari semasa kempen pilihanraya ke-12 selama 13 hari - ingin menyatakan sokongan yang penuh terhadap Mukhriz dan mendesak sekeras-kerasnya agar Abdullah melepaskan segera jawatan PM. Tujuannya, demi kepentingan negara, BN serta juga Umno dan bukan bertujuan menderhaka kepada pemimpin No.1 negara dan parti.Satu kesilapan Pak Lah yang cukup besar adalah penglibatan Khairy Jamaludin (menantu perdana menteri) di peringkat tinggi dalam politik negara. Walaupun bertujuan baik dan ketokohan Khairy nampak jelas, namun rasa tidak puas hati dan fitnah tetap timbul, khususnya daripada kalangan ahli Umno sendiri. Pada hemat saya, pemimpin yang menentang tindakan Mukhriz dipengaruhi sifat mengampu yang telah lama menular dalam kalangan pemimpin Umno. Dulu Pak Lah mengatakan beliau sedia ditegur kalau membuat kesilapan, kenapa sekarang beliau tidak boleh terima? Fikir-fikirlah sendiri.Saya menegaskan sekali lagi bahawa Abdullah perlu berundur dan Khairy boleh terus menjadi pemimpin dan tidak lagi bersandar kepada bapa mertuanya. Dengan itu, barulah kita dapat melihat kredibiliti naib ketua Pemuda Umno yang sebenarnya. Orang di sekelilingnya pun kuranglah ‘naik tocang'.Kepada pemimpin Umno, gunakan akal dengan sewajarnya dan jangan terlalu mengampu. Akuilah bahawa tindakan Mukhriz sesuatu yang sangat wajar demi politik BN dan Umno.

No comments:

Contact Me