Friday, April 11, 2008

999: Projek Ternakan Babi, Wajar atau Tidak?

Isu antara pihak kerajaan Selangor dan penduduk kampung berkaitan dengan penternakan babi menjadi isu hangat semasa negara. Mana tidaknya isu yang pada mulanya dijangka tidak akan mendapat bantahan tiba-tiba bertukar. Alasannya mudah projek penternakan ini yang dilakukan secara skala besar akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar dan menganggu kesihatan para penduduk sekitarnya. Tetapi pada logiknya projek ini masi boleh dilaksankan tetapi dalam skala projek yang sederhana. Ditambah dengan penggunaan tekologi tinggi dijangka dapat mengurangkan kadar pencemaran. Harus diingat bahawa projek ternakan babi terdahulu tidak menggunakan teknologi canggih seperti yang ada sekarang. Kebaikan projek ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Bukan saja mampu meningkatkan penbdapatan pengusaha yang terlibat tetapi juga dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selain dari dapat menampung permintaan daging berkenaan dalam pasaran tempatan.

No comments:

Contact Me