Saturday, April 12, 2008

Hafiz v BAM

Saya bukanlah peminat no 1 kepada pemain Nusa Mahsuri ini, tapi saya amat tertarik dengan isu pemindahan Hafiz ke klrc yang mana pihak BAM enggan melapaskannya. Menurut pengurusan kelab Nusa Mahsuri dan BAM, Hafiz pemain yang berpotensi dan mempunyai peluang untuk meningkatkan prestasi hambarnya. Tetapi secara logiknya memang benar Hafiz berpotensi tetapi bagi saya Hafiz ibarat 'pemain yang boleh bermain tetapi bukan untuk peringkat yang lebih tinggi'. Hal ini kerana semenjak Hafiz menjuarai all england, gaya permainannya tidak prnah berubah. Menyebabkan dia tewas mudah kepada pemain china khususnya. Corak permainan yang perlahan, kurang ketajaman smash dan kurang kosentrasi merupakan kelemahan ketara Hafiz. Ia ibarat kereta berenjin renult melawan ferari. Berbanding dengan pemain china yang sekarang ini mempunyai corak permainan 'speed n power'. Cuma nasib Hafiz sahaja telah membolehkannya memenangi all england, dimana menantang Cheng Hong yang mempunyai corak permainan yang hampir serupa dengannya. Kepada Hafiz walaupun berpindah daripada BAM ke klrc jika tidak mengubah corak permainan cuma satu kerugian. Di bawah bimbingan Misbun sendiri pun jika latihan yang diterapkan lebih jitu selari dengan corak permainan moden mampu meningkatkan skill permainanya akan memberi menafaat kepada Hafiz sendiri.

No comments:

Contact Me